Tuesday, May 21, 2013

Tips Pelaburan emas : Beli pada Harga Rendah, Simpan dan Jual pada Harga Tinggi.



Sekiranya anda masih tercari-cari sumber maklumat mengenai rahsia emas dan teknik-teknik unggul untuk membuat pelaburan emas dengan betul, tepat, selamat maka anda telahpun tiba di landasan yang betul. Jangan bimbang, di sini tiada ayat-ayat provoke untuk closing anda membeli emas, Tiada skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan yang cepat dan PANTAS sehingga mengujakan anda!! tetapi di sini hanya gedung ilmu untuk anda menambah dan memperkemas skil dan teknik pelaburan emas.  Bagi yang masih baru dan terkial-kial saya cadangkan anda perkemaskan ilmu mengenai pelaburan emas anda dahulu sebelum anda terjun kedalam bidang ini. 


S :Bagaimana saya nak dapatkan rujukan mengenai tips pelaburan emas? 

J : Anda boleh dapatkan sumber-sumber rujukan dan bacaan berkualiti mengenai pelaburan emas daripada pakar-pakar pelabur emas berpengalaman di ruangan rujukan pelabur. Rujuk pada Pakar pelaburan emas cara Azizi Ali

Jangan Lokek untuk mengeluarkan sedikit wang membeli bahan-bahan ilmiah kerana itu adalah sebahagian pelaburan awal. Ketahuilah bahawa daripada ilmu akan menambahkan lagi punca-punca rezeki kita. Insya'Allah. 

Ok, Disini saya kongsikan 1 tips asas pelaburan emas yang paling mudah untuk difahami. Semudah ABC. Tips ini amat bersesuaian sekiranya kita merancang untuk membuat pelaburan dalam tempoh jangka panjang (long Term). Apa yang perlu anda lakukan adalah menunggu sehingga harga emas menurun sebelum membuat pembelian emas pertama.  Walaupun ketika trend pasaran sedang menunjukkan peningkatan, tetapi di celah-celah kenaikan harga itu sekali sekala akan ada juga masanya penurunan harga emas berlaku. Apa yang anda lakukan hanyalah memerhatikan trend pergerakan harga emas setiap hari sebelum membelinya.

Sekiranya anda yakin harga emas tidak akan menurun setelah membuat sedikit analisis dasar dan teknikal, jangan teragak-agak lagi untuk "lock" belian emas pertama. Sebaik-baiknya rekodkan pembelian agar anda tahu bilakah masa yang sesuai untuk menjual semula. Bagaimana untuk "lock"? saya akan ceritakan kemudian.

Sedikit tips untuk dikongsi sebelum anda membuat belian emas pertama. Jangan gunakan kesemua wang anda untuk membuat belian emas pertama. Dapatkan jarak belian pertama dan kedua sekitar 8-10% dan buat belian ketiga pada jarak antara 8-10% daripada belian kedua.  Ini amat penting sebagai langkah persediaan anda untuk memaksimakan keuntungan emas dan mengelakkan anda mengalami trauma kerugian awal ketika membuat belian pertama.

Sekiranya selepas membeli tiba-tiba harga emas menjunam turun seperti yang berlaku pada April 2013 JANGAN panik. Apa yang perlu anda lakukan adalah bersabar, kerana sabar itu sebahagian daripada iman kita. Sejarah telahpun membuktikan pergerakan harga emas tetap akan menunjukkan kenaikan dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. Anda harus ingat bahawa pelaburan yang anda tetapkan adalah untuk jangka waktu yang panjang (Long term). Selepas 2 hingga 5 tahun saya yakin anda akan mendapat pulangan yang berbaloi-baloi.

Strategi pelaburan emas ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai lebihan peruntukan wang tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk bergerak aktif dalam pelaburan emas.

P/S : Pohon share diruangan blog atau FB link ini sekiranya tips pelaburan emas yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada anda.

No comments:

Post a Comment