Thursday, November 8, 2012

Hati-Hati dengan Kegiatan Penipuan Barang Kemas


Salam Hormat kepada pembaca blog kakiemas.com. Dalam keghairahan kita membeli emas ada waktunya kita Alpa dan terleka menyebabkan diri kita ditipu. 

Penipuan sememangnya sukar dikesan apabila ada pemilik kedai barang kemas didapati sengaja menjual emas murah kepada orang ramai dengan mendakwa ia emas gred 916 menyebabkan ramai terpedaya. Kebanyakannya mangsa yang tidak pakar berhubung kualiti emas ini, ditipu `bulat-bulat’ dan membayar harga tinggi bagi gred emas murah yang dijual terutama ketika musim perayaan.


Terbaru seorang kakitangan kerajaan menjadi mangsa apabila dia dan isteri telah membeli anting-anting emas di premis menjual emas berhampiran pusat beli belah dan ditunjukkan anting-anting emas pemilik premis yang didakwa ia emas tulen gred 916 berharga RM290.“Penipuan hanya terbongkar apabila kakitangan Ar-Rahnu sebuah bank di sini melakukan pemeriksaan dan mengesahkan emas terbabit bukan dari gred 916,” Penjelasan daripada pemilik kedai didapati tidak memuaskan dan dibawa kepada Tribunal pengguna. 

Apabila aduan telah dibuat ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) penolong pegawai penguatkuasa KPDNKK telah menghantar anting-anting emas itu ke Jabatan Mineral Dan Geosains untuk dianalisis dan Jabatan Mineral Dan Geosains mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 Mei lalu, bahawa anting-anting berkenaan adalah emas gred 850 dan 870. Berikutan penipuan itu, KPDNKK mendakwa pemilik kedai emas berusia 40-an itu kerana kesalahan cuba menipu serta memalsukan maklumat pembelian kepada pelanggan. 

Oleh itu untuk membeli emas pastikan kedai mempunyai track rekod yang baik.


Sebelum anda menceburi bidang pelaburan emas adalah lebih baik anda membuat persediaan dengan mempelajari dan menyelami ilmu pelaburan emas. Anda boleh dapatkan panduan lengkap bagaimana untuk menjadi usahawan emas

Laporan lengkap anda boleh perolehi pada link di bawah :


Klik DISINI Panduan lengkap Rahsia Usahawan Emas


Wallahu a'lam

Its Maey

PG1659
011 1577 2617
Putrajaya.


No comments:

Post a Comment