Sunday, October 28, 2012

Pasaran Emas Di jangka Terus Naik


Assalam pembaca kaki emas.
Untuk makluman awal hasil analisis data fundamental semalam menunjukkan harga emas dilihat sedikit melonjak naik selepas prestasi menurun sepanjang 3 minggu lalu ekoran peningkatan jumlah belian oleh Bank Pusat Brazil dan Turki.
Peningkatan jumlah belian mungkin disebabkan oleh kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan lonjakan harga yang lebih tinggi selepas menyaksikan pertambahan belian oleh negara pengimport terbesar  dunia terhadap logam berharga.
Data daripada laman web Dana Kewangan Antarabangsa menunjukkan, sejak berlakunya krisis Sub Prima pada tahun 2008 baru kali ini Brazil dan Turki menambah rizab simpanan Emas negara mereka.
Selain itu India terus mempertingkatkan belian Emas pada kali ini bagi menampung pertambahan permintaan dari sektor pembuatan barangan kemas untuk kegunaan pada musim perayaan  Deepavali dan majlis perkahwinan.
Kejatuhan harga Emas ke paras $1700/oz semalam telah membuka peluang kepada para pembeli Emas fizikal untuk membuat belian pada paras harga paling rendah sejak pengumuman pelaksanaan QE3 pada 7 September 2012 yang lalu.

Menurut David meger, Pengarah Metal Trading di Vision Financial Markets di Chicago, selepas ini kita akan menyaksikan lebih banyak lagi aktiviti membeli Emas dari Bank-Bank Pusat di seluruh dunia, dan ketika ini kita sedang menyaksikan India memanfaatkan peluang sementara harga Emas berada di paras yang rendah ini untuk membuat belian mereka.
Pesta-pesta perayaan di India yang bermula semalam hanya akan berakhir pada bulan November, dan permintaan untuk Emas selepas itu akan berterusan bagi kegunaan Majlis-majlis perkahwinan pula.
Permintaan ke atas Emas fizikal mula melonjak tinggi ketika pasaran dibuka hari ini, dan lonjakan harga ini dijangka akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga menjelang pertengahan tahun 2013 yang akan datang. Sekian, terima kasih.
P/s : Bagi yang mahu menambah simpanan emas fizikal boleh hubungi saya 24 jam untuk mendapatkan harga emas terbaik.  
Its Maey
PG 001659 
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment