Monday, October 29, 2012

Mengapa Simpanan Emas Fizikal menjadi pilihan


Dalam memilih peluang menjana kewangan saya hanya memilih pelaburan hartanah dan pelaburan emas fizikal sebagai portfolio saya menjana sumber kewangan. Pelaburan emas adalah salah satu cabang alternatif pelaburan yang terbaik. Namun begitu masih ada juga insan yang mahu cepat kaya terpedaya dengan skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan bulanan secara tetap. 


Ramai yang terkeliru dan terkesima dengan takrif pelaburan emas. Adakah dengan membeli saham-saham emas dikatakan telah membuat pelaburan emas? Atau membuka akaun-akaun emas yang tidak tahu status emasnya dikatakan pelaburan emas?

Pelaburan emas yang sebenarnya adalah dengan membuat belian emas fizikal dan menjual semula bagi meraih keuntungan. Tidak kira lah emas itu dalam bentuk jongkong emas, syiling mahupun barang kemas selagi ia bercirikan fizikal bolehlah dikatakan sebagai pelaburan emas. itulah Rahsia emas yang harus dibongkarkan.

Emas merupakan satu komoditi yang unik dan paling berharga di dunia serta diterima di semua negara di dunia. Dan dari trend kenaikan harga emas sebanyak 250% dalam tempoh 5 tahun menunjukkan emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang amat-amat menguntungkan.

Ramai orang yang berebut-rebut untuk segera membeli Emas sebaik sahaja mereka sedar tahap kesihatan ekonomi dunia semakin merosot, kerana telah menjadi tradisi sistem kewangan kapitalis dimana mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas apabila situasi ekonomi merosot.

Ramai yang tahu akan nilai emas dan perak namun mereka hanya gunakan emas dan perak sebagai barang perhiasan semata-mata. Sedangkan rahsia kekayaan ada pada emas dan perak dan mampu membawa mereka kepada kebebasan kewangan.

Kesan buruk diterima kepada mereka yang masih menyimpan wang tunai kerana simpanan mereka akan mengalami "Inflasi" iaitu penyusutan kuasa beli. Dalam ertikata lain, selepas ini simpanan sebanyak RM100,000 yang mereka ada sekarang sudah tidak cukup untuk membeli sesuatu yang berharga RM100,000 tadi pada masa akan datang kerana kesan susulan dari aktiviti pencetakan wang adalah menaikkan harga barangan. Berbeza dengan emas yang boleh dikatakan sebagai agen kalis INFLASI.

Jadi, mereka memilih Emas Fizikal kerana Emas Fizikal tidak boleh dicetak atau dicipta oleh sesiapapun, dan dalam masa yang sama ianya diterima atau laku digunakan sebagai medium pembayaran untuk mendapatkan keperluan kalau-kalau situasi ekonomi bertambah buruk selepas ini.


3 sebab utama mengapa Emas Fizikal dipilih sebagai simpanan & pelaburan :
  • Nilai emas meningkat dalam jangkamasa panjang berbeza dengan matawang Fiat 
  • Kerana emas fizikal tidak boleh dicetak atau dicipta.
  • Emas adalah kekayaan sebenar 

P/S: DAFTAR PERCUMA jadi customer public gold atau dealer public gold.Klik login,register pada web public gold KLIK SINI DAFTAR PERCUMA BELI JUAL EMAS ONLINE selepas daftar, dapat kunci harga beli emas sendiri pada website public gold online 24 jam dengan klik login,placed order dan pilih jenis emas, cawangan PG dan sebagainya. Selepas kunci harga emas,kunjungi cawangan public gold berdekatan, bayar dan terus dapat emas yang dibeli,bayaran selewatnya 3 hari. Dijamin beli emas,dapat emas tulen dan murah.

Wallahu a'lam
Its Maey
PG1659
Putrajaya
011-15772617

No comments:

Post a Comment