Tuesday, August 14, 2012

Kelebihan Jika Bersandar kepada Matawang Emas dan Perak


Wang kertas fiat tidak disandarkan kepada precious metal. Ia hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya. Ia dilahirkan bersama-sama interest (riba) dan nilainya sentiasa mengecut akibat faktor inflasi. 


Tidak terdedah kepada risiko manipulasi matawang
Sistem penciptaan wang kertas fiat dilihat tidak adil kepada individu yang berusaha keras. Sebagai contoh seorang usahawan berusaha gigih mengumpul wang ringgit dan mempunyai simpanan Berbillion ringgit namun oleh kerana kepercayaan antarabangsa terhadap ringgit Malaysia merundum, kuasa beli RM juga turut jatuh. Maka nilai ringgi Malaysia sudah tidak bermakna lagi. Inilah proses hyperinflasi yang sedang melanda Negara Zimbabwe.

Kata Ibnu Sina ; “ Ini adalah hikmah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada 2 jenis logam (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya sehingga ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia.  Jika emas dan perak boleh diperolehi dengan mudah maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah dan ramai yang boleh memilikinya tanpa sebarang erti.

Sentiasa mendapat sambutan
Tamadun islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat dihati manusia. Oleh kerana sumber yang terhad itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal.

Ketegasan imam syafi’e
Imam syafie pernah menolak tindakan logam selain emas dan perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menilak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama mazhab syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai illah athman (store value).

Kekal lama
Emas mampu bertahan lama walaupun tertanam di dalam tanah atau direndam di dalam air. Berbeza dengan sifat matawang fiat kertas yang lemah fizikalnya dan tidak boleh bertahan lama.

Diiktiraf dunia
Emas dan perak mempunyai nilai asli yang diterima diseluruh dunia serta tidak dikawal oleh mana-mana Negara berbeza dengan wang kertas yang dikawal oleh kerajaan tertentu.

Tidak boleh dicipta atau dimusnahkan
Emas dan perak tidak boleh dicipta atau dimusnahkan berbanding wang kertas fiat yang boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Wang kertas juga boleh dimusnahkan bila-bila masa sahaja.

Tidak boleh dimonopoli
Tiasa sesiapa yang boleh memonopoli pengeluaran emas dan perak sepertimana wang kertas yang boleh dimonopoli oleh kerajaan dan syarikat tertentu.

Logam yang jarang ditemui
Emas dan perak juga ialah logam yang agak jarang ditemui. Sifat ini sesuai menjadikan ia sebagai matawang kerana sewajarnya sifat matawang itu sedikit dan dingini orang ramai tak seperti matang wang kertas yang mudah didaapti dimana-mana

Stabil
Nilai kestabilannya lebih baik berbanding wang kertas

Diiktiraf oleh al-quran dan hadis
Matawang emas dan perak disebut jelas di dalam al quran dan hadis serta menjadi rujukan kiraan zakat.

No comments:

Post a Comment