Wednesday, August 1, 2012

Amaran Daripada Bank Negara Malaysia


Nampaknya situasi sekarang semakin panas dan terus panas. Banyak syarikat emas tumbuh bak cendawan di Malaysia berbeza jika kita bandingkan pada awal tahun 2000. Pelbagai tawaran pelan perniagaan diwujudkan  untuk menarik minat orang ramai dan tidak kurang juga ada segelintir syarikat yang mengambil peluang ini dengan menawarkan skim-skim pelaburan emas yang tidak mendapat kelulusan Undang-undang. Agak menyedihkan apabila ada segelintir dari kalangan pelabur-pelabur emas syarikat tersebut dengan lantang dan beria-ia mempertahankan pendirian syarikat umpama menegak benang yang basah. 

Sedih dan malu saya melihat situasi ini betapa ramainya dari kalangan yang terlibat adalah dari orang-orang melayu yang mahu cepat kaya tanpa melakukan sebarang usaha. Walaupun dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang ke 100 yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor telah menggariskan pelaburan emas syarikat GENNEVA Malaysia Sdn Bhd tidak mematuhi hukum syarak dan tidak sah namun ia masih terus digilai oleh mereka-mereka yang mahu cepat kaya sehinggakan kutipan dana dikatakan telah mencecah sehingga RM 5 Billion. Ada juga suara-suara nakal yang berkata “ yang haram itu lah sedap”… Subhanallah. Apa yang jadi dengan orang Malaysia. 

Berikut adalah petikan daripada keratan akhbar Utusan Malaysia berkenaan Pendedahan Bank Negara Malaysia berhubung salah guna surat akuan oleh syarikat-syarikat yang tidak mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia untuk menjalankan perniagaan berbentuk pelaburan dan mengutip dana daripada orang perseorangan. 


Harapan saya melalui pendedahan sebegini oleh BNM akan dapat mencelikkan mata hati orang ramai yang selama ini tertanya-tanya mengenai status pelaburan yang mereka jalankan. 

Wallahu a'lam

Its Maey
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment