Tuesday, July 10, 2012

Mulakan Langkah Dalam Pelaburan Emas Sekarang


Di awal pembabitan saya dalam bidang pelaburan emas, saya sentiasa memerhati pergerakan harga emas setiap hari. Tak sah kalau sehari tak tengok harga emas. Nak tunggu masa sesuai untuk beli emas lah katakan. Apabila berbual dengan rakan-rakan pelabur emas, rupanya ramai lagi seperti saya pada awal pembabitan dulu. Hihi. Sebenarnya untuk melabur emas fizikal kita perlu beli sekarang! Mengapa sekarang dan tak tunggu harga cantik?

Jawapannya : Sekiranya anda membeli contoh pada 11/7/2012 dan menjual pada 10/7/2014 keuntungan sudah pasti anda akan perolehi kerana harga emas sentiasa menaik untuk tempoh masa yang panjang. Melihat kepada rekod kenaikan sepanjang 10 tahun yang lalu kenaikan purata adalah 30% setahun. Tambahan harga emas berada paras harga yang cantik untuk diborong.

Beli Emas pada harga yang rendah akan memberikan peluang keuntungan yang bukan sahaja banyak, tetapi tempoh masa kenaikannya juga lebih singkat, bermakna anda akan meraih keuntungannya dalam jangkamasa yang lebih cepat. Rekod harga emas tertinggi setakat ini adalah sekitar akhir bulan Ogos dan awal September 2011. Peramal emas terbaik tahun 2011 Eden Tully meramalkan harga emas tahun 2012 akan mencapai puncak pada $2,500 dan harga terendah adalah $1,400. Harga emas sekarang adalah $1572 iaitu masih diperingkat harga rendah. Jadi yang nak tambah duit lebih boleh lah mulakan langkah sekarang.

Kalau nak dapat untung maksima pilihlah produk Emas yang kadar potongan harga (Spread) yang paling rendah. Kadar Spread yang rendah penting bagi seorang pelabur kerana ia menentukan untung bersih dari kenaikan harga Emas yang dibelinya. Contoh kalau kenaikan adalah 20% dan spread emas 10 dinar yang dibeli adalah 3.5% (setelah menjadi dealer) keuntungan bersih dari kenaikan emas adalah 16.5%.


Jadual Spread untuk emas Public Gold seperti jadual dibawah
Jongkong emas 999.9
Spread (%)

Dinar emas 916
Spread (%)
10 gram
8
1 Dinar
6
20 gram
6
2 Dinar
6
50 gram
5.5
5 Dinar
5.5
100 gram
5
10 Dinar
5
250 gram
4.5
Nota : Pengurangan spread untuk Dealer 1.5%, Priority Dealer 2%
500 gram
4.5

Selaku syarikat yang menawarkan peluang Pelaburan emas dan Simpanan yang pertama dan terbesar di Malaysia, Public Gold mengutamakan keuntungan maksimum dari kenaikan Harga Emas dapat diraih oleh pihak pelanggannya dengan menawarkan kadar potongan harga belian semula produk (Spread) serendah hanya 2% sahaja. Andai pelanggan membeli melebihi RM20,000 dalam satu belian, melayakkan ia menjadi Dealer/Ejen kepada syarikat. Faedahnya, mereka akan dapat potongan spread yang lebih rendah untuk tiap belian.

Bagaimana untuk membuat pembelian emas di Public Gold:

  • Lihat harga Jualan dan Belian terkini di laman web Public Gold

  • Pilih jenis produk yang ingin dibeli pada harga PG SELL. Belian boleh dicampur dengan Silver

  • Untuk membuat lock harga (Price Booking) belian dengan lebih awal, sila sms@email butiran maklumat diri seperti Nama penuh, No K/P, Email, Alamat terkini, No Akaun Maybank, Lokasi cawangan untuk Collect emas dan jenis produk emas dan jumlah yang nak dibeli dan sms pada 011 15772617/email kepada platinum.tm7@gmail.com 
  • Cara yang lebih mudah kini dengan Daftar online dengan Public Gold di link  http://tinyurl.com/Daftar-Publicgold. Untuk mendaftar klik login --> daftar. Apabila selesai, login id Public gold dan password anda kemudian pergi ke bahagian order --> place order. 
  • Dalam masa 24 jam pihak Public Gold akan menghubungi anda dan menghantar Dokumen Purchased Order melalui Email.
  • Download dan cetak Doc tersebut, kemudian baru buat bayaran seperti yang tertera pada purchased order ke dalam akaun bank Public Gold yang dinyatakan.
  • Selepas itu bawa resit bayaran bank dan dokumen Purchased Order tersebut ke mana-mana cawangan Public Gold yang mahu anda collect dan ambil Emas anda.



Kalau sedara tak mampu beli sampai RM20,000 jangan lah memaksa diri untuk pinjam dengan Along @ ceti haram.. Buat pembelian mengikut kemampuan diri. Yang penting ada keuntungan walaupun sedikit. Nak tahu lebih lanjut boleh bertanya kepada saya melalui ruangan pertanyaan di atas. Insya’Allah saya akan menjawab dan membantu sekadar termampu. Ilmu yang Allah SWT berikan adalah untuk dikongsikan bersama. Semoga kita semua mendapat keuntungan dan keberkatan dari-Nya. 
Insya’Allah..

OK.. Cukup-cukup sudah… sampai di sini sahaja… :)

Its maey

W.P Putrajaya
011 15772617

P/s: Untuk memulakan pelaburan emas adalah wajar anda menambah ilmu berkaitan pelaburan emas. Laporan e-book lengkap mengenai pelaburan emas boleh perolehi pada capaian link di bawah atau pada bahagian rujukan pelabur -> e-book :


No comments:

Post a Comment