Thursday, July 12, 2012

Lagi Mengenai Skim Pelaburan Emas Genneva


Saya ingin memetik satu artikel emas daripada keratan Akhbar semalam 12/7/2012 mengenai Syarikat Genneva Syariah yang di katakan tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak. Bagi seorang yang berpegang kepada ajaran Islam mencari yang halal itu adalah wajib. Bila dah tahu keputusannya adalah lebih baik kita menjauhinya. Sebelum nak sertai skim-skim pelaburan emas adalah lebih baik kita membuat sedikit rujukan berhubung syarikat dan jenis skim yang ditawarkan.

KUALA LUMPUR - Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara. Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini. Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu. Katanya, operasi syarikat tersebut didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 96 yang diadakan pada 13 hingga 15 Jun lepas. Kenyataan itu menasihatkan umat Islam tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak, sama ada syarikat di dalam negara atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas seperti yang digariskan oleh syarak dan undang-undang negara. Abdul Shukor berkata, transaksi jual beli mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan hukum syarak, dan sesuatu transaksi dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Beliau berkata transaksi juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman. – Bernama

Dalam pada itu juga saya sertakan juga  komen UZAR di laman blognya mengenai pandangan terhadap Genneva Malaysia.

Untuk lebih jelas Klik DISINI

No comments:

Post a Comment