Monday, July 9, 2012

Keuntungan Dari Cara Pelaburan Emas


Memandangkan terdapat banyak kaedah atau cara buat keuntungan daripada business/Pelaburan emas fizikal, tetapi itu tidak bermakna ia adalah pelaburan emas. Maka saya akan membuat sedikit kupasan berdasarkan topik ini. 

Keuntungan yang boleh anda perolehi daripada aktiviti jual beli Emas juga bergantung juga kepada beberapa faktor antaranya : 

1.     Ilmu dan pemahaman anda mengenai Emas 
2.     Modal anda dalam pelaburan emas 
3.     Jaringan hubungan yang anda wujudkan 
4.     Kejujuran/trustworthy anda dalam urusan Emas 

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa cara yang popular digunakan untuk meraih keuntungan emas antaranya :

1. Pelaburan emas melalui barang kemas.
Ada sahabat yang bertanya “Adakah membeli barang kemas satu pelaburan emas yang menguntungkan?”

Jawapannya:
“Emas adalah aset sama seperti hartanah dan rumah. Barang kemas adalah sebahagian daripada emas. Jadi membeli barang kemas untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%). Jika ingin membeli barang kemas sebagai asset pelaburan haruslah membeli Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja kerana Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang.

Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik. Public Gold ada mengeluarkan barang kemas I Series yang sememangnya untuk tujuan pelaburan emas. Walaupun tiada kos workmanship tetapi Public Gold ada mengenakan caj kos penghantaran mengikut berat emas.

2. Keuntungan daripada sistem pajak gadai
Biasanya kaedah ini lebih dikenali sebagai Manipulasi Emas/rempit emas dan ia bergantung dengan kemudahan sistem gadaian atau Ar-Rahnu. Cara yang paling popular adalah dengan menambah jumlah pinjaman dengan cara "Overlap" setiap kali Nilai Gadaian emas dinaikkan. Ar rahnu yang popular digunakan adalah Arrahnu Agro bank. Nampaknya kini polisi bank-bank semakin ketat untuk membuat gadaian.

3. Keuntungan daripada harga pasaran dunia
Seorang Pelabur Emas akan membeli dan menjual semula kepada penjual asal untuk meraih keuntungan dari kenaikan harga ketika mereka membelinya sehinggalah bila mereka menjualkannya semula.

Perubahan harga emas 2 Bulan.
Oleh kerana Emas mempunyai potongan harga apabila dijual semula, maka ciri-ciri penting Emas yang perlu dipilih untuk maksimumkan untung adalah Emas yang mempunyai kadar peratus potongan harganya (Spread) yang paling kecil.

Jangan hairan jikalau ada orang lain yang dah untung sedangkan anda masih tak untung, atau sekiranya keuntungan mereka lebih banyak berbanding keuntungan anda walaupun tempoh beliannya sama, Ini bermakna pasti ada ciri-ciri yang lebih menguntungkan pada produk Emas yang dibeli oleh mereka, tetapi tiada pada produk Emas yang anda beli.

• Kenaikan Harga Emas pada tahun 2010 adalah 30%.
• Saya membeli produk Emas dengan kadar spread 5%.
• Bermakna bila saya jualkan semula kepada Public Gold 
  (30% - 5% = Untung Bersih Saya Adalah 25%)

Elakkan dari membeli produk Emas yang kadar Spreadnya lebih 9%, kerana untung dari pelaburan ASB akan lebih berbaloi berbanding membuat Pelaburan Emas dengan cara ini.

Ingat, Lagi rendah Spread lagi banyak untung yang akan anda perolehi.
Saya ulangi sekali lagi pada post kali ini bagaimana ingin membuat kiraan Spread emas

Spread Harga 1 Dinar

We Sell = RM 529.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 497.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 529.00 - RM 497.00 = RM 32

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 32 / RM 497) x 100 = 6.43%

So, daripada artikel ini harap anda lebih jelas mengenai bagaimana membuat keuntungan atau buat duit dengan pelaburan emas fizikal.

Wallahu a'lam

Its maey
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment