Saturday, July 14, 2012

Kes Penipuan Skim Pelaburan Emas


Dalam keghairahan kita menjana keuntungan di dalam pelaburan emas banyak perkara yang perlu diteliti dan diperhalusi dengan mendalam sebelum menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pendapatan lumayan mahupun pendapatan tetap @ hibbah secara bulanan. Perkara ini telah pun dibicangkan dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang mana sebaik-baiknya kita menjauhi sekiranya terdapat skim-skim yang menawarkan pendapatan berbentuk sedemikian. Baru-baru ini rujuk kepada artikel utusan Malaysia 21 Jun 2012 tajuk “wanita tipu pelaburan emas internet dikehendaki” saya meminta kerjasama dan jasa baik pembaca sekalian, sekiranya mengenali atau mempunyai maklumat wanita ini dapat menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk siasatan lanjut supaya wanita ini dapat dibawa kemuka pengadilan.

Wanita ini dikenali nama Rimaliza Mustafa, bangsa Melayu berusia 28 tahun dan alamat di Klang Selangor telah menawarkan skim pelaburan emas melalui Internet beralamat di Taman Seri Mahkota Kuantan. Pihak polis sedang memburu wanita ini yang dikatakan bekerja sebagai pengurus kepada sebuah syarikat perunding bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan saham emas melibatkan penggunaan Internet. Antara mangsa penipuan oleh wanita ini adalah seorang ahli perniagaan lelaki dalam bidang pembekalan bahan binaan berusia 38 tahun yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM50,000. Saya percaya ramai lagi diluar sana mangsa kepada wanita ini dan ada yang segan mahupun malu untuk membuat laporan polis. Sekiranya sahabat juga adalah mangsa kepada wanita ini diminta tampil untuk membuat laporan polis di balai polis berdekatan.

Ahli perniagaan itu juga telah pergi ke pejabat syarikat itu pada 23 Disember tahun lalu dan menandatangani perjanjian yang menyatakan dia akan menerima keuntungan sebanyak 15 peratus hasil pelaburan disertainya. Maklumat saspek kes penipuan Skim pelaburan emas:

Nama : Rimaliza Mustafa
Bangsa : Melayu
Umur : 28 tahun
Alamat : Klang Selangor
Harus dingiat perjanjian hitam putih diatas kertas bukanlah jaminan bahawa segala-galanya akan selamat dan berjalan baik. Perjanjian hanyalah sebuah ikatan akujanji antara dua belah pihak, jika salah seorang daripada pihak melanggarnya, adalah amat sukar untuk membetulkan keadaan kembali.

Kita boleh membawa perjanjian itu ke mana-mana mahkamah untuk menuntut hak terkandung dalam perjanjian, tetapi adakah usaha ke arah itu benar-benar berbaloi atau sekadar menambah bebanan dari sudut kos, masa dan tenaga kita? Yang penting adakah wang kita dapat dikembalikan semula?

Jangan kerana sikap tamak dan mahu untung cepat membuatkan kita menyertai skim pelaburan emas sebegini tanpa membuat sebarang semakan. Sebaik-baiknya periksa dahulu latar belakang syarikat, agen dan sebagainya sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Agar anda tidak tertipu dan ingin ketahui apakah pelaburan terbaik 2013 saya syorkan anda dapatkan panduan daripada Azizi Ali penulis, penceramah, jurulatih mentor jutawan.

Anda boleh dapatkan -- > Panduan Pelaburan 2013 

Sumber : Utusan Malaysia 21 Jun 2012.

No comments:

Post a Comment