Tuesday, July 10, 2012

Kenapa harus ada perbezaan harga perak dan emas?


Di kesempatan ruang masa yang sempit dan atas izin-Nya saya masih boleh bernafas untuk update posting di blog ni.  Semalam ada seorang hamba Allah bertanya kepada saya.
Kenapa harus ada perbezaan harga perak dan emas antara tiap syarikat? contoh 10 dirham keluaran A harga RM230 compare dengan Dirham keluaran B RM110. Lebih 50% beza harganya tu. Adakah Dinar/Dirham syarikat A lebih berkualiti daripada syarikat B?
Untuk pengetahuan anda, Emas dan Perak Fizikal tiada harga siling ditetapkan Cuma ia mempunyai harga lantai. Harga minimum boleh dirujuk kepada indeks harga yang berubah setiap seminit. Harga ini digunakan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas dan perak dunia. Kalau nak lihat harga spot emas dan perak boleh rujuk laman “Kitco.com”. Untuk menentukan harga emas dan perak fizikal ada beberapa factor yang perlu diambilkira seperti kos-kos tambahan yang terlibat antaranya kos minting, kos buruh, kos keselamatan, kos pentadbiran dan lain-lain kos yang terlibat untuk proses pengeluaran emas dan perak fizikal.

Untuk syarikat pengeluar emas dan perak yang sememangnya mempunyai kepakaran dan modal yang besar akan mengenakan kos tambahan yang paling minima supaya emas keluarannya dapat dijual pada harga yang menarik dan diterima ramai. Berbeza pula dengan pengeluar yang sememangnya kekurangan tenaga pakar dan terpaksa membayar kos upah kepada pihak lain untuk kepakaran tersebut dan terpaksa menanggung kos tambahan yang tinggi. 


Ini akan menyebabkan harga emas dan perak fizikal keluaran mereka dijual pada harga lebih tinggi kerana sekiranya harga dijual rendah pasti syarikat akan menanggung kerugian atas bebanan kos pengeluaran emas dan perak fizikal.

Disebabkan faktor ini juga ada antara syarikat di Malaysia yang menjual emas secara Trading, mengimport emas dari luar Negara secara pukal dan terus menjualnya kepada pembeli atau Dealer mereka tanpa perlu menanggung kos-kos tambahan tersebut. Disebabkan mahu produk tersebut dijual dengan cepat dan mengelakkan risiko kerugian, mereka akan menjual emas dan perak pada harga yang lebih rendah dan mengenakan kadar spread (beza harga jual/beli) yang lebih tinggi bagi mengaut lebih banyak keuntungan.

Pandangan saya, terpulang kepada pembeli untuk membuat pilihan kerana kuasa beli di tangan mereka. Ada syarikat yang menjual dan membeli semula pada harga randah dan ada juga sebaliknya. Ada yang galakkan beli harga rendah jual harga tinggi. Ada yang dalakkan untuk system gadaian Ar rahnu dan tiap-tiap syarikat mempunyai strategi pemasarannya tersendiri untuk menarik pelabur. Bagi saya apa yang penting adalah ketulenan dan Spread tiap produk emas dan perak kerana fokus saya adalah untuk maksimakan keuntungan dan bukannya untuk simpanan jangka masa panjang. Untuk maksima untung carilah produk emas dan perak yang mempunyai spread emas yang kecil supaya keuntungan yang besar dapat dijana.

Wallahu a’lam

Its maey
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment