Thursday, June 7, 2012

Tunaikan Haji Dengan Simpanan Dinar Emas


Assalamualaikum kepada sahabat pembaca. Rasanya Ramadhan sudah semakin menghampiri kita. Sedar tidak sedar kita kini sudah melalui pertengahan tahun 2012. Bagaimanakah niat kita di awal tahun? Adakah kehidupan pada hari ini selari dengan azam dan niat kita di awal tahun? Jika tersasar marilah sama-sama kita luruskan semula agar ia selari dengan nawaitu dan perancangan kita di awal tahun. 

Pernahkah kita merenung sejenak, bertanya pada diri sendiri bilakah masanya aku akan dapat tunaikan Rukun Islam yang ke-5? iaitu menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan. “ Kemampuan” memberi 1001 pengertian bergantung kepada tafsiran setiap individu. Ada sahabat kita diberikan nikmat hidup yang cukup besar oleh Allah SWT dengan hidup serba kemewahan, memiliki rumah besar, sihat tubuh badan, kereta mewah tetapi apabila menyentuh soal haji 1001 alasan “berkemampuan” akan dihuraikannya pula.

Bukan itu sebenarnya yang saya ingin sentuh. Apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana dengan Simpanan Dinar emas sebenarnya dapat menjimatkan kos perbelanjaan kita untuk menunaikan haji di Mekah. Saban tahun kos menunaikan ibadah haji akan meningkat. Saya sendiri mengimpikan untuk menunaikan haji sebelum usia mencecah 40 tahun dengan izin-Nya, InsyaAllah.

Banyak keuntungannya dengan membuat simpanan emas untuk menunaikan haji. Saban tahun nilai emas semakin meningkat dan berbeza dengan nilai matawang kertas semakin menyusut saban tahun. Sejak saya mendalami ilmu pelaburan emas, saya sangat bersyukur pada Allah kerana menemui kaedah pantas dan dapat menjimatkan untuk simpanan haji saya.

Rujuk jadual kos haji dengan Dinar emas. Semakin menyusut bukan!

Sekiranya  sebulan kita dapat menyimpan 1 Dinar emas insya’Allah kurang daripada setahun kita akan dapat menunaikan ibadah Haji!



Note : Kos untuk menunaikan haji akan terus meningkat. Tahun ini lebih kurang RM11000. Harga emas juga turut meningkat. 1 dinar sudah pernah mencecah RM803 dan insyaAllah akan naik lebih tinggi. 

Jika ada yang berhajat nak tambahkan emas untuk simpanan haji boleh lah membuat belian emas seketul dua dengan saya.. :)


Its maey
Putrajaya
011-15772617


No comments:

Post a Comment