Thursday, June 21, 2012

Tambah Saham ASB melalui Pelaburan Emas


Saya percaya saudara masih tercari-cari strategi yang sesuai dalam pelaburan emas. Disini saya kongsikan satu kaedah dan teknik bagaimana menjana keuntungan maksimum melalui gabungan Pelaburan saham ASB dan emas. Adakah saudara masih tercari-cari kaedah dan teknik untuk melangsaikan hutang pinjaman saham ASB yang telah saudara buat? Mungkin ini adalah teknik pelaburan 2013 yang terbaik pernah anda temui. 

Saya percaya ramai dikalangan kita suka bersikap tunggu dan lihat. Apabila sahamnya mencapai tempoh matang atau sudah mencapai tahun ke 11 baru lah keuntungan daripada saham ASB akan diambil. Kebiasaannya begitulah antara ayat-ayat yang biasa saya dengar dari rakan-rakan sekeliling. Teknik yang saya ingin kongsikan ini bukanlah 100% berjaya tetapi sekiranya 100% diamalkan, boleh dipercayai akan dapat mengurangkan tahun pinjaman  saham ASB anda dan melipat gandakan keuntungan dividen ASB.

Saya percaya ramai sedia maklum pelaburan emas memang menguntungkan, Dapatkah saudara bayangkan keuntungan yang akan saudara perolehi sekiranya kedua-dua instrument pelaburan ini digabungkan? Percaya atau tidak saudara akan memperolehi 2 kali ganda keuntungan daripadanya.

Kita ambil satu contoh :

Katakan saudara membuat pinjaman Sebanyak RM100,000 untuk 20 tahun dengan kadar bayaran bulanan adalah sebanyak RM613. Rujuk jadual ASB loan Maybank

Jadual ASB Loan Maybank
Saya ambil kira Jumlah Dividen saham ASB anggaran 8.8% setahun, bermaksud dividen Pelaburan saham ASB saudara adalah berjumlah RM 8800. Betul?

Jika saudara mengambil sikap berdiam diri dan biarkan di dalam unit amanah saham ASB untuk membayar bulanan pinjaman pada tahun berikutnya, tahun yang ke 11 adalah masa yang paling selamat untuk menikmati dividen tersebut.

TETAPI.....

Sekiranya dividen ASB itu digunakan untuk membuat belian emas saya ambil contoh pada tahun 2009 dan pada tahun 2010 saudara menjualnya semula dengan kenaikan harga emas ketika itu sebanyak 24%, maka pada tahun 2010 saudara akan perolehi tambahan RM2112 lagi. Modalnya hanya daripada Bonus unit amanah saham ASB sahaja. walaubagaimanapun ia bergantung pada kenaikan harga emas.

Ulang semula pada tahun berikutnya dan saudara akan dapat menambah jumlah ketulan emas yang meningkat nilainya saban tahun dan pinjaman saham ASB saudara boleh dilangsaikan dengan lebih cepat daripada jadual asal.
 
Lebih banyak kita mendalami ilmu emas, lebih banyak kaedah dan teknik pelaburan emas yang akan kita perolehi. Sekiranya saudara ingin membuat belian emas pertama boleh hubungi saya terus di talian di bawah atau daftar sebagai pembeli secara online untuk "lock" harga emas yang ingin dibeli.

Wallahu a'lam


Its Maey
011 15772617
Putrajaya

1 comment:

  1. I think maintain both also a good choice but for me prioritizing ASB then going to Gold is a wise move...

    ReplyDelete