Saturday, June 9, 2012

Risiko dalam Pelaburan Emas Fizikal


Ada juga yang bertanya kepada saya andai kata Syarikat Public Gold bankrup apa akan jadi dengan pelabur emas Fizikal yang melabur di syarikat Public Gold? Itu soalan yang biasa ditanya sebelum berkecimpung dalam dunia pelaburan emas. Kesimpulannya ramai yang ingin ketahui risiko dalam pelaburan emas.

Soalan:
Apakah risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh pelabur di dalam pelaburan emas fizikal?

Jawapannya:
Risiko dalam pelaburan emas amatlah terlalu minima. Public Gold hanya berperanan sebagai kedai menjual emas sama seperti Habib Jewel, Poh Kong dan lain-lain cuma jaminan belian emas semula adalah tinggi membuatkan saya memilih Public Gold sebagai platform pelaburan emas saya. Sekiranya Public Gold bankrupt sekali pun adakah saya akan rugi? Jawapannya sudah tentu tidak kerana emas yang saya beli ada di tangan saya.

Soalan:
Adakah pembeli barang kemas di kedai emas Ah meng mempunyai risiko sekiranya kedai emas Ah Meng telah dirompak?

Jawapan:
Sudah tentu tidak kerana emas tersebut ada di tangan pembeli sedangkan yang dirompak adalah kedai emas tersebut. Jadi, adakah pembeli barang kemas tersebut akan mengalami kerugian?

Dengan melabur emas Fizikal kita tidak perlu bimbang kerana prosesnya sama dengan membeli barang kemas di kedai emas. Membeli ketika harga emas rendah dan menjual semula ketika harga emas tinggi. Emas tersebut kita beli dan kita yang simpan. Nak simpan dimana terpulang kepada anda. Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan Safe Deposit Box yang tumbuh bak cendawan. Cuma tinggal nak pilih aje. Kalau nak simpan sendiri di rumah pun tiada masalah. Sebenarnya kita tidak perlu bimbang sekiranya kedai pengeluar emas bankrup ataupun maju kerana pokok pangkalnya emas fizikal tersebut ada di tangan kita. Nilai kekayaan emas bukan terletak pada kukuh atau besarnya sesebuah syarikat tetapi ia terletak kepada nilai ketulenan dan berat emas tersebut. Cuma kelebihannya sekiranya kedai tersebut masih kukuh beroperasi kita akan dapat tumpang manfaatnya kerana boleh menjual semula kepada pengeluar pada harga tinggi berbanding membuat trade-in dilain-lain kedai emas.

Pada pandangan saya risiko dalam pelaburan emas ini terlalu minima berbanding lain-lain pelaburan Cuma terdapat beberapa kebarangkalian yang boleh menjadikan pelaburan emas ini berisiko seperti :
  • Berlaku musibah pada diri anda kerana emas disimpan di rumah seperti dirompak, rumah terbakar, emas dicuri.
  • Berlaku kerugian apabila menjual semula emas pada harga rendah.
  • Terlibat dengan skim-skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tetap bulanan atau tahunan.
  • Gagal menebus emas di kedai pajak gadai konvensional dan Ar rahnu
  • Membuat pinjaman dengan along untuk membuat pelaburan emas. 
Lagi untung Jual semula emas kepada pengeluarEmas memang mudah untuk dijual. 

Sekiranya syarikat pengeluar emas bankrup sekalipun kita masih boleh jual semula emas di mana-mana kedai emas kerana emas fizikal diterima di seluruh dunia. Untuk mendapat lebih keuntungan dalam pelaburan emas, jual semula emas di mana tempat kita beli. Kalau beli emas di Public Gold jual lah semula di Public Gold kerana kita boleh mendapat harga yang lebih tinggi sekitar spread 4%-8% berbanding jika kita menjual emas di kedai emas Ah Sang yang mana nilai susutnya sehingga 25%. Kan rugi banyak namanya tu! Kes ini sama seperti membeli barang kemas. Jika pengeluarnya Poh Kong jual lah semula di Poh Kong susutnya lebih kecil jika di bandingkan kita trade in di Habib jewel. Pokok pangkalnya emas tetap bernilai seperti hartanah kerana semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya. Walaupun begitu, belum pernah lagi saya dengar kedai emas lingkup.

Sekiranya saudara berminat untuk menjadi dealer @ mahu membuat "lock" harga emas saudara boleh rujuk ke laman web Public Gold untuk melakukan pendaftaran. Rujuk kepada langkah-langkah pendaftaran secara online.

Wallahu a’lam

Its maey
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment