Sunday, June 24, 2012

Persediaan Hadapi Kesan Inflasi Di malaysia


Definisi inflasi 

Satu indikator untuk melihat tahap perubahan, dan dianggap terjadi apabila proses kenaikan harga berlangsung secara terus-menerus dan saling mempengaruhi. Istilah inflasi juga digunakan untuk mengertikan lebihan percetakan matawang yang kadangkala dilihat sebagai penyebab meningkatnya harga. Inflasi dapat digolongkan menjadi empat golongan, iaitu inflasi ringan, sedang, berat, dan hiperinflasi. Dikala dunia sedang menghadapi krisis ekonomi yang menyebabkan hyperinflasi di beberapa buah Negara maka timbullah isu “emas” sebagai pelindung ekonomi. Ketika nilai wang kertas semakin menyusut, nilai emas pula sebaliknya dan terus menunjukkan peningkatan dari setahun ke satu tahun. Oleh kerana itulah emas telah dikatakan oleh pakar ekonomi sebagai “pelindung kewangan” yang kalis inflasi atau sebagai satu asset penyimpan kekayaan sebenar.

Gambaran

Sedikit gambaran bagaimana emas boleh melindungi wang kita dari susut akibat kesan hyperinflasi,

Kita andaikan;

Sebelum inflasi, perbelanjaan isirumah anda sebulan adalah RM700, maka, apabila berlaku hyperinflasi, dengan mengambilkira kadar inflasi meningkat sebanyak 100% pada tahun depan, maka, anda perlu membayar RM1400 untuk membeli barang yang sama ketika sebelum berlaku inflasi.

Perkara tersebut tidak akan berlaku sekiranya anda menukarkan wang anda kepada emas, dimana, RM700 adalah bersamaan 1 dinar emas. Sekiranya hyperinflasi berlaku pada tahun hadapan, kemungkinan, harga 1 dinar emas pada waktu itu, mungkin sudah naik menjadi RM2,000 ) kerana kebiasaannya kenaikan harga emas akan melebihi daripada kadar inflasi.

Ini bermakna dengan menggunakan 1 dinar emas, anda masih mampu mengekalkan kuasa beli sama seperti sebelum berlaku hyperinflasi. Oleh kerana itu ramai rakyat Amerika hari ini berebut-rebut membeli emas sebagai persediaan menghadapi masalah kemelesetan ekonomi serta kejatuhan nilai matawang Dollar Amerika.

Kita tidak mengandaikan situasi inflasi di Malaysia menjadi seteruk seperti negara Zimbabwe yang mana kadar hyperinflasi terlalu tinggi sehinggakan untuk membeli 3 biji telur ayam memerlukan 100 Billion Dollar. Dengan sumber yang ada dan kepimpinan hari ini saya masih yakin dengan situasi ekonomi Negara Malaysia yang dicintai.. Walaupun begitu sumber akan habis dan kepimpinan akan silih berganti dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku dihadapan sana.

3 biji telur bersamaan 100 Billion Dollar Zimbabwe
Sebagai langkah berjaga-jaga, “prepare for the worst” orang putih kata, kalau orang melayu “Sediakan payung sebelum hujan”, saya nasihatkan supaya memulakan membuat belian dan simpanan emas dari sekarang. Insya' Allah, hidup kita akan lebih tenang & lebih mudah walaupun ketika hari-hari yang sukar. Bersyukurlah, dengan persiapan awal hari-hari kita dihadapan akan menjadi lebih mudah dengan izin-Nya.. insya’Allah.

Wallahu a'lam


Its maey
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment