Tuesday, June 19, 2012

Panduan Sebelum Sertai Skim Pelaburan Emas


Assalamualaikum dan salam muhibbah kepada sahabat blog kaki-emas. Ada satu kisah daripada hamba Allah yang rasa ditipu oleh skim-skim pelaburan emas yang menawarkan Hibbah kepada pelabur. Sahabat-sahabat perlu tahu secara mendalam apa yang tersirat daripada pendefinisian “Hibbah” yang dicanang oleh pihak penganjur yang mana keuntungan dapat dijana setiap bulan bergantung pada modal pelabur.

Sebelum saya berkecimpung dalam pelaburan emas Fizikal saya juga pernah menyertai skim-skim pelaburan seperti ini. Untuk makluman jangka hayatnya tidak lama sekitar 2 hingga 3 tahun sahaja. Apabila pelabur mula tepu menyebabkan pihak penganjur tidak dapat membuat pusingan modal dan akhirnya pelabur sendiri ternganga. Saya juga pernah kerugian RM10,000 oleh kerana mengikut kata hati dan sifat tamak dalam diri. Namun disebabkan minat dan passion saya terhadap emas dan perak membuatkan saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu-ilmu pelaburan emas dan Alhamdulillah perjalanan pelaburan emas saya semakin hari semakin di permudahkanNya. Saya juga masih belajar seperti sahabat sekalian. Apa yang saya ingin kongsikan, dalam apa jua bentuk pelaburan pokok pangkalnya adalah perlu adanya asas dan pengetahuan dalam bidang tersebut. Jika kita tak sanggup melabur untuk mendapatkan ilmu lupakan sahaja untuk melabur kerana pelabur yang bijak akan mencari dan menambah ilmu dalam portfolio pelaburan yang diceburi sebelum membuat keputusan untuk melabur. Jadikan pengalaman saya sebagai pengajaran kepada sahabat semua. Jangan mudah ikut kata hati dan pujukan rakan-rakan, sebaik-baiknya kita sendiri membuat sedikit rujukan dan bertanya kepada mereka yang arif berkenaan jenis pelaburan tersebut sebelum membuat kata putus.

Contoh bentuk penipuan pelaburan Emas.

Tips kaki 3 # : Panduan sebelum menyertai Skim-skim Pelaburan Emas. 

Beberapa tips yang nak saya kongsikan bersama mengenai apa yang perlu kita lakukan sekiranya ada rakan-rakan kita beria-ia mengajak kita melabur dalam skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan bulanan.


Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Ada syarikat yang berfatar dengan SSM tetapi menjalankan aktiviti perniagaan lain. Rakan kita ajak melabur emas tapi hasil semakan syarikat jalan perniagaan pengiklanan. Ini sah-sah sahabat akan ditipu. Sahabat boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my.

Harga Emas yang Dijual 
Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi? Tidak ada gunanya sahabat membayar harga yang tinggi semata-mata mahukan pulangan setiap bulanan. Tak percaya boleh cuba kalau mahu ditipu. :)

Buat kira-kira kos penyertaan
Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur contohnya pendaftaran, kos pengurusan dan lain-lain. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.

Beli Emas dapat Emas
Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan bulanan kepada pelabur. sah-sah ini salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI! 

Polisi syarikat supaya emas diserah semula kepada syarikat
Jika polisi syarikat memerlukan sahabat menyerah balik emas kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! (kebiasaannya banyak syarikat sekarang membuat polisi meneglirukan seperti ini) risikonya yang sangat tinggi. Bila emas diserahkan kebarangkalian untuk mendapat semula adalah tipis.

Exit cost – setelah tamat kontrak perjanjian
Adakah syarikat membeli semula emas ditangan sahabat? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan.

Kira kerugian dalam ‘worst case senario’ 
Contohnya kalau syarikat tutup dan hilangkan diri. Kalau syarikat tu ada agen, minta agen tu cerita dan kira keuntungan dan kerugian jika berlaku masalah kelak. Jadi sahabt boleh tahu risiko awal-awal sebelum memulakan pelaburan.

Terma kontrak perjanjian jual beli emas
kalau ada kontrak, mudah nak refer kalau incase ada apa-apa masalah kemudian hari. Kalau perjanjian verbal sahaja then baik JANGAN SERTAI. Harus diingat kontrak perjanjian hanya sekadar panduan, dan bukan penyelamat emas sahabat. Belum tentu ada kontrak emas sahabat akan terjamin. 

Kesimpulannya kalau sahabat takut risiko kerugian, jangan sesekali sertai skim pelaburan emas seperti ini. Lebih baik kaji baik buruknya dan jangan mengikut hawa nafsu dan sifat tamak dalam diri. Jika syarikat bertahan lama memang sahabat boleh membuat duit dengannya namun harus diingat hari tidak selalunya cerah.


Wallahu a'lam

Noted: Jika sahabat berminat untuk bermula dalam pelaburan emas Fizikal boleh hubungi saya untuk pertanyaan atau membeli emas sekitar Putrajaya dan Wilayah Lembah Kelang.


Its Maey
011 15772617
Putrajaya

No comments:

Post a Comment