Monday, June 4, 2012

Mengapa Saya Memilih Emas Sebagai Simpanan?


Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Malaysia kepada yang bukan beragama islam. Buat sahabat semua, Saya doakan semoga anda semua sihat sentiasa gembira walaupun melalui saat-saat getir dalam rangkuman kehidupan seharian. Ada antara rakan saya yang bertanya, Mengapa Saya Memilih Emas Sebagai Simpanan? Macam mana jika saya ingin menggunakan wang di saat-saat kecemasan? Apa yang saya ingin kongsikan di sini sekiranya ingin membuat simpanan emas, pastikan anda mempunyai sedikit aliran tunai untuk digunakan di saat-saat kecemasan contohnya menyimpan di Tabung Haji.  Simpanan emas bukanlah satu jalan singkat untuk mencapai keuntungan kerana ia lebih bersifat sederhana. Saya Cuma berpegang pada prinsip laut yang mana ada pasang surutnya, begitulah juga dengan Logam emas. Ada 7 faktor yang dapat saya kongsikan di sini mengapa emas menjadi pilihan saya sebagai aset simpanan selain daripada amanah saham:
  • Harga emas akan naik untuk jangka masa panjang. Turun naik harga adalah perkara biasa sama seperti air laut setiap hari aka nada pasang surutnya. Secara logiknya tiada apa yang bersifat kekal melainkan Allah SWT.
  • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan di dalam dunia ini. Ia bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  • Emas tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Walau apapun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini sudah dibuktikan berdasarkan fakta kegunaan logam ini sejak 5000 tahun lalu. 
  • Apabila Harga barang naik, harga emas pun sama naik. Orang simpan emas, akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya dan menunjukkan inflasi sifar sejak 1400 tahun lalu. 
  • Emas tidak boleh dimanipulasi seperti Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan oleh pihak tertentu.
  • Harga emas tidak akan jatuh seperti saham. Berdasarkan sejarah belum pernah ada orang bangkrap sebab simpan emas , tapi terlalu banyak sejarah yang menceritakan orang/organisasi yang telah bangkrap disebabkan menyimpan duit kertas. 
  • Melabur dalam hartanah memerlukan modal yang besar. Untuk itu saya memilih emas kerana tidak memerlukan modal yang besar. Hasil daripada emas bolehlah dikembangkan pula di dalam bidang hartanah. 


       Wallahu a'lam.


        Its maey
        Putrajaya
        011 15772617

Nota: Dalam situasi sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas. Mulakan pembelian sekurangnya sekeping 1 Dinar kerana di situlah tuning point anda untuk memahami pergerakan harga emas. Saya juga memulakan dengan pembelian 1 Dinar pada harga RM594 yang mana kini harganya pernah mencecah RM833.

No comments:

Post a Comment