Monday, June 4, 2012

Harga Emas Jun 2012


Bolehkah kita katakan pada bulan Jun Setiap Tahun Harga emas akan naik?Pada awal Jun tahun 2012 sehingga 5 Jun 2012 harga emas pasaran hadapan telah naik sebanyak USD48.40 kepada USD1,612.60/oz. Kenaikan ini adalah sebanyak 3.09%. 

Jika dibandingkan dengan entri saya pada 21 Mei 2012 mengenai "Masa terbaik untuk belian emas?" Ketika itu harga emas pasaran hadapan adalah USD1,526/oz. So jika dibandingkan dengan harga sekarang adalah kenaikan sebanyak USD86.60 iaitu kenaikan sebanyak 5.67%. Dalam masa 2 minggu sahaja kenaiakan harga sudah mencapai 5.67%. Adakah kita masih berkira-kira untuk membuat pembelian atau masih ingin menunggu harga emas menurun sedikit? Untuk melabur dalam emas adalah baik untuk anda membuat pembelian segera sekurang-kurangnya 1 Dinar emas sepertimana entri saya yang lalu. Untuk membuat belian 1 Dinar emas Public Gold boleh dirujuk pada harga emas di sisi blog ini.

Sekadar makluman kenaikan ini bergantung kepada faktor fundamental yang mana sehingga kini data tenaga kerja di sektor bukan perladangan di Amerika Syarikat masih samar-samar di mana kenaikannya hanya sebanyak 69,000 orang tidak seperti jangkaan sebanyak 155,000 orang pekerja untuk bulan Mei 2012. Disebabkan itu peningkatan kadar pengangguran di Amerika juga telah bertambah kepada 8.2% kenaikan sebanyak 0.1% daripada bulan April 2012. 


Wallahu a'lam

Its maey
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment