Friday, June 8, 2012

Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin dan Hantaran Perkahwinan

Hari ini lebih kurang sekitar jam 5 petang rakan sepejabat saya bertanya soalannya lebih kurang macam ni apa pendapat kau jika aku gunakan emas untuk mas kahwin aku? Ok ke? Secara spontan saya menjawab “boleh” ramai apa yang buat. Walhal saya sendiri tidak pernah buat seperti itu sebelum ini kerana ketika itu saya belum celik emas. Sebenarnya penggunaan Dinar emas sebagai mas kahwin telah lama digunakan di Negara-negara islam. Cuma disebabkan kita terlalu taksub dengan matawang fiat membuatkan kita terikut-ikut dengan keadaan semasa. Pada tahun 2000 seniman Negara kita, Dato M. Nasir telah mengahwini Marlia Musa dan hantaran yang diberikan adalah 13 keping Dinar emas yang hanya bernilai RM2000 yang mana pada waktu itu 1 Dinar emas adalah RM153. Tetapi hari ini harga 1 Dinar emas adalah RM711. Jadi jika Marlia Musa masih menyimpan Dinar emas sehingga ke hari ini, maka nilai Dinar emas itu adalah  bersamaan :

RM711 x 13 keping = RM9243.

ini adalah keuntungan sebanyak 362.15%

Apa yang menarik tentang kisah perkahwinan Dato M. Nasir  adalah penggunaan dinar emas ketika itu belum pun meluas, malah dinar emas yang dikeluarkan secara rasmi dalam dunia moden ialah yang dikeluarkan oleh UAE lebih kurang setahun selepas pernikahan Dato M. Nasir.

Andaikata pada tahun 2000 Dato M. Nasir memberikan mas kahwin kepada Marlia Musa dalam bentuk matawang bernilai RM2000 agak-agaknya jika disimpan di dalam Amanah Saham sekali pun adakah wang tersebut akan menjadi RM9243 pada hari ini?

Cuba renung-renungkan betapa hebatnya aura nilai emas ini.
Selain daripada Mas Kahwin Dinar emas juga boleh dijadikan untuk tujuan :

1. Bayaran Zakat
2. Hantaran perkahwinan
3. Simpanan Haji / Umrah
4. Pendidikan
5. Pelaburan
6. Sebagai hadiah

Bagi yang ingin berkahwin saya memang menggalakkan supaya memilih Dinar emas sebagai mas kahwin kerana disamping nilai emas akan meningkat dari saban tahun ia juga dapat mengembalikan tradisi islam.

Sumber : ARKIB Utusan Malaysia : 03/09/2000
Note : Sesiapa yang bercadang nak jadikan Dinar Emas sebagai Mas Kahwin boleh hubungi saya bila-bila masa 

Its maey
Putrajaya
011 15772617
PG1659

No comments:

Post a Comment