Monday, June 18, 2012

Dinar dan Dirham Matawang Sebenar


Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada masalah krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini. Perkara ini telah dibentangkan oleh Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera di dalam Forum Halal Sedunia (WHF) 2012. Penggunaan wang kertas dalam urusan seharian sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki ciri dan nilai seperti dinar emas. Penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu perkara yang baru kepada ekonomi dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu kala lagi.

Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan matawang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain. Masalah sistem kewangan hari ini adalah lambakan cetakan wang kertas lebih banyak berbanding pertumbuhan ekonomi sebenar dunia. Keadaan ini menyebabkan berlaku inflasi dan krisis ekonomi yang bukan sahaja memberi kesan kepada negara, tetapi juga kepada sisio ekonomi rakyat.

Menerusi matawang Dinar dan Dirham sebenarnya mampu mengembalikan kita ke dalam satu sistem ekonomi yang lebih sihat dan bebas daripada unsur-unsur riba sepertimana yang wujud dalam sistem perbankan, sistem insuran dan sistem matawang hari ini.


Kini sudah sampai masanya umat Islam kembali kepada penggunaan sistem kewangan sebenar dengan menggunakan dinar emas dan dirham perak seperti yang dituntut dalam Islam. Sekiranya semua negara Islam bersatu dengan menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam setiap urus niaga, ekonomi umat Islam akan menjadi lebih kukuh serta tidak lagi mudah dimanipulasi oleh negara-negara barat khususnya.

Isu Dinar Emas Kelantan dan Dirham Perak yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya diakui adalah satu inisiatif terbaik oleh kerajaan negeri Kelantan dalam mengumpulkan dana dan secara tidak langsung membantu kestabilan matawang Ringgit Malaysia. Isu ini tidak seharusnya dipolitikkan semata-mata untuk meraih undi dikalangan rakyat yang serba daif. Seharusnya satu sesi perbincangan ataupun dialog diadakan bagi mencari satu jalan penyelesaian terbaik supaya penggunaan Dinar Emas dan Dirham perak dapat diterapkan dalam ekonomi negara agar melaluinya akan dapat membantu meningkatkan taraf sisio ekonomi masyarakat islam yang agak tercicir hari ini

Wallahu a'alam

Sumber : Diulas daripada Utusan Malaysia 3 April 2012.

Sebarang komen dan ulasan amat dialu-alukan. Sekiranya berminat untuk menyimpan/melabur dengan Dinar Emas Dan Dirham perak keluaran Public Gold boleh hubungi saya.


Its Maey
011 15772617
Putrajaya

No comments:

Post a Comment