Monday, May 21, 2012

Untung ke Melabur Emas?


Setelah sekian lama saya asyik memerhatikan turun naik harga emas namun tiada sebarang tindakan yang saya buat. Daripada harga 1 Dinar RM400 hinggalah mencecah RM594 barulah saya mula berjinak-jinak dalam pelaburan emas. Betul seperti apa yang saudara Syukor Hashim kata, Jika nak melabur dalam emas haruslah sanggup melabur dalam ilmu emas. Kerana tanpa ilmu kita tidak dapat memacu keuntungan yang maksimum dalam pelaburan emas.

Tips 1# Mengapa Saya perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Betul ke? Fakta dan sejarah telah membuktikan emas adalah kalis inflasi. Apabila terjadinya inflasi tinggi, harga emas akan naik lebih tinggi daripada inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi kenaikan harga emas! 

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 21 May 2012 harganya adalah RM 5295!!

Harga Kijang Emas Terkini!

Ini adalah kenaikan harga sebanyak 389.37% dalam masa 11 tahun atau purata kenaikan 35.39% setahun!!

Tips 2 # Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Selepas tahun 2010 terdapat banyak syarikat-syarikat menawarkan produk berkaitan pelaburan emas. Mengapa situasi ini berlaku? Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Antaranya adalah melalui institusi Perbankan dan syarikat-syarikat emas seperti:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank, Cimb bank, KFH, Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli Barang kemas/gold bar di Crest Gold Pavilion
7. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Dengan membaca info di atas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan. Perkara pokoknya sekiranya ingin menjana keuntungan yang maksimum dalam pelaburan emas, pilihlah produk yang mempunyai “Spread” yang kecil disamping faktor sampingan yang lain. 

Selamat Melabur!!

Bagi yang ingin melabur emas melalui Public Gold Boleh lah hubungi saya di talian
011-15772617. InsyaAllah saya akan pandu anda sekadar termampu dalam selok belok pelaburan emas.

Wallahu a'lam

Its maey (PG1659)
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment