Sunday, May 27, 2012

Siapkan Diri Dengan Minda Emas


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya doakan anda semua sihat dan setiap tindak tanduk kita di rahmati oleh Nya. 


Kijang Emas.
Jika kita melihat harga emas ditutup tinggi pada Jumaat lalu (25/5) dengan sedikit adanya aliran selamat setelah penurunan yang banyak sejak awal minggu lepas. Bagi mereka yang masih belum memulakan pelaburan emas, Kenapa perlu tunggu lama @ lebih berminat menjadi pemerhati kerana sekiranya anda menyokong pasukan bola sepak idaman adakah anda dapat menikmati ganjaran atas kemenangan pasukan anda? Melainkan sekiranya anda seorang bookie bola sepak. Tetapi harus diingat, perjudian itu haram hukumnya. 

Ramai juga antara kita masih teragak-agak untuk melabur dalam emas sedangkan pelaburan emas ini sudah bertapak lama di Malaysia. Pada awal 2008 saya melihat en. Syukor Hashim antara individu awal yang mempunyai blog berkisar tentang emas. Kini saya melihat bercambah-cambah blog mengenai emas telah di bina oleh pelabur-pelabur emas yang sudi berkongsi ilmu pelaburan emas. Pelaburan emas akan dapat memberikan pulangan yang lumayan sekiranya anda dapat memahami dan mengusai teknik-teknik pelaburan dengan mantap. Namun perkara yang perlu diberi penekanan adalah PERSIAPAN MINDA EMAS. 

Emas adalah komoditi yang sesuai untuk pelaburan jangka sederhana dan panjang bukannya SINGKAT! Sekurang-kurangnya 6 bulan – setahun bergantung kepada turun naik harga emas. Di sebabkan itu, kesabaran amatlah penting kerana melibatkan turun naiknya harga emas

Seperti air laut, harga emas ada pasang surutnya. Bagi yang berminat melabur secara tahunan boleh membuat belian pada awal tahun dan menjual semula pada akhir tahun. Berdasarkan fakta harga emas 10 tahun yang lalu bagi tempoh jangkamasa panjang harga emas sentiasa naik.  Ini memberikan satu jaminan keuntungan kepada para pelabur emas

Pelaburan emas tidak dapat menjamin pendapatan setiap bulan kerana sekiranya anda ingin menjana pendapatan bulanan melalui emas kaedah terbaik adalah berniaga emas.

Elakkan daripada Skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pendapatan tetap bulanan. Terbaru VGMC dan GENEVVA. 

Pokok pangkalnya dalam pelaburan ini adalah ilmu. Tanpa ilmu kita tidak akan Berjaya.

Sebagai permulaan dalam pelaburan emas, anda boleh mengambil langkah :
  • Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
  • Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
  • Tindakan ketiga: –pelajari teknik-teknik berkesan melalui pelabur-pelabur emas yang Berjaya contohnya POKLI pwn, Syukor Hashim, Faizan Dasuki, En Shufaad dan lain-lain.


Selamat Melabur dalam Emas.

Wallahu a'alam

Its maey (PG001659)
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment