Sunday, May 20, 2012

Pengaruh Harga Emas


Salam 1 Malaysia. Saya Doakan semoga Anda Sentiasa sihat dan bersemangat menghadapi hari-hari mendatang. Setiap hari saya akan mendoakan untuk diri saya dan keluarga dan masyarakat kerana saya tidak dapat menjangka apa sebenarnya yang akan berlaku pada diri saya pada hari esok. Hari ini harga emas mula mendaki setelah melepasi garisan support. 





Kadang kala kita terfikir apakah faktor yang menggerakkan harga pasaran emas sebenarnya. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada rakan-rakan pelabur emas yang lain.

Faktor 1 # : Permintaan dan Penawaran Emas Dunia
Permintaan emas haruslah berkaitan dengan pengeluaran emas dunia. Jika pengeluaran emas semasa di lombong semakin rendah maka harga emas juga akan naik. Rujuk negara-negara pengeluar  emas dunia dan permintaan emas termasuk  import atau eksport emas. 

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Macam saham contohnya, Sekiranya permintaan meningkat maka rasionalnya harga pasti akan naik, tetapi apabila permintaan menurun maka harganya juga akan menurun.

Permintaan  pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 iaitu :
# 1. Untuk kegunaan industri
# 2. Untuk kegunaan pelaburan
# 3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
# 4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
# 5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di dalam pasaran dunia pula datangnya daripada:
# 1. Lombong emas di seluruh dunia
# 2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
# 3. Emas terpakai yang digunakan semula

Maka;  perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan mempengaruhi penentuan turun atau naik harga emas di dalam pasaran dunia. Jika satu negara membeli emas dalam kuantiti yang besar, pasti sedikit sebanyak akan mempengaruhi kenaikan harga emas begitulah sebaliknya.

Walaupun begitu, dalam jangkamasa panjang harga emas akan sentiasa naik kerana factor kekurangan sumber logam emas, pengeluarannya semakin berkurang, permintaannya semakin tinggi populasi manusia semakin bertambah dan pertambahan penggunaannya  dalam dunia moden seperti alat elektronik, computer dan sebagainya.

Faktor 2 # : Cuaca Ekonomi Dunia
Keadaan cuaca ekonomi dunia juga mempengaruhi harga emas terutama negara-negara yang sinonim dengan kilauan emas seperti China, India, Amerika, negara eropah dan sebagainya. Sebarang acara besar ataupun bencana yang berlaku pada negara tersebut akan mempengaruhi harga emas dunia. Harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang Dollar Amerika dan sebagainya.

Faktor 3 # : Pengaruh Harga Matawang USD
Harga dolar USD  berkadar songsang dengan harga emas iaitu jika harga USD  semakin jatuh maka harga emas akan naik dan begitulah sebaliknya. Untuk  itu kita mesti mengetahui berita atau acara atau aktiviti Negara Amerika. Berita yang berkaitan dengan harga emas anda boleh rujuk di www.kitco.com ataupun mana-mana laman web yang berkaitan dengan emas .

Faktor 4 # : Harga Matawang Euro Dan Matawang Dunia
Matawang USD sentiasa berlawan dengan Euro. Jika harga matawang Euro rendah maka harga USD akan tinggi dan sebaliknya. Jadi sebarang acara atau krisis yang berlaku di Negara-negara eropah yang menggunakan matawang Euro juga turut mempengaruhi harga emas. Untuk mengetahui perkembangan matawang euro atau matawang anda boleh rujuk www.forex.com.


Wallahu a'lam


Its maey (PG1659)
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment