Saturday, May 19, 2012

Pengarah GENEVA Dituduh


Tiga pengarah dan seorang bekas pengarah syarikat pelaburan emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam at as 796 tuduhan membabitkan diri dengan aktiviti pengubahan wang haram, dua tahun lalu. Ng Poh Weng, 60; Marcus Yee Yuen Seng, 58; Chin Wai Leong, 34 dan Liew Chee Wah, 56, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rozana Ali Yusuff. Mengikut pertuduhan, Ng sebagai Pengarah Genneva Sdn Bhd didakwa dengan 263 pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti pengubahan wang haram dengan mengeluarkan cek berjumlah RM185,146,000 di Public Bank Berhad cawangan KL City Main Office Ground Floor Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang antara 10 Jun 2008 sehingga 27 Julai 2009.

Manakala Marcus di lokasi sama didakwa dengan 234 pertuduhan sama membabit kan diri secara langsung dalam transaksi aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM153,324,636 yang dilakukan antara 20 Julai 2007 sehingga 20 Julai 2009. 

Chin didakwa dengan 210 pertuduhan bagi kesalahan sama dengan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM212,992,466.50 di alamat sama antara 10 Jun 2008 sehingga 6 Disember 2009. Liew yang juga seorang bekas pengarah syarikat itu dihadapkan ke mahkamah dengan 89 pertuduhan sama dengan transaksi membabitkan RM31,332,757.80 di lokasi sama antara 20 Julai 2007 sehingga 3 Februari 2009.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akt a Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta sama. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Haziq Razali memberitahu mahkamah, kesalahan yang dilakukan keempat-empat tertuduh tidak boleh dijamin kerana kesalahan serius membabitkan jumlah yang tinggi.

(Skim Pelaburan Emas yang memberi kononnya memberi imbuhan 1.5% setiap bulan TUMPAS! Sebelum ini mereka menggunakan nama ETIKA EMAS, SAMUDRA, dan terkini GENEVA. Oleh itu, sebelum anda terlibat dalam Skim Pelaburan Emas yang menguar- uarkan pemberian bonus setiap bulan, kaji dulu latar belakang syarikat , semak status di Bank Negara. Hal ini kerana, ini adalah SKIM CEPAT KAYA! Pelabur hanya membeli emas TANPA MENERIMA EMAS SECARA FIZIKAL! WANG DILABURKAN, EMAS TIDAK DIPEROLEH. Apabila kes ini terjadi, pelabur mengalami kerugian. Wang yang diharapkan untuk dilaburkan akhirnya lesap sekelip mata. Public Gold Sarawak sebelum ini ada menghantar email kepada Bank Negara berikutan isu Skim Pelaburan Emas ini.

Untuk melabur dalam emas haruslah meneliti dengan mendalam agar kita tidak mudah tertipu. Jangan mudah percaya dengan Janji pulangan pelaburan yang besar. Apa yang penting untuk melabur dalam emas haruslah melabur dalam ilmu emas terlebih dahulu. ;)

2 comments:

  1. Saya rasa ada salah faham disini. Saya dah lama trade gold dan terbukti ia bukan scam. boleh layari web ni kalo xcaya: www.lombongvgmc.com sume bukti ada dinyatakan di situ.

    ReplyDelete
  2. en.. rasanya en salah post komen...topik yang dibincang mengenai pertuduhan ke atas pengarah geneva.. Actually ringkasan ini dibuat berdasarkan keratan akhbar.. Sekiranya en mahukan kepastian berhubung VGMC ada baiknya dengar pandangan daripada UZAR, salah seorang pakar dalam kewangan islam di Malaysia. Saudara bleh rujuk melalui link dibawah.

    sumber:- http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1013-melabur-secara-halal.html#comment-31837

    ReplyDelete