Monday, May 21, 2012

Pelaburan VGMC Satu Scam!!



Sejak 2 bulan yang lalu rakan sekerja saya kerap bercerita mengenai keuntungan daripada pelaburan emas VGMC. Sedih sekali kerana di sebabkan sikap dan rasa tamak dalam diri kita ini ramai di kalangan orang Malaysia tertipu dengan skim-skim pelaburan emas seperti ini. Untuk Makluman semua Pihak Bank Negara dan Securities Commission Malaysia (SKMM) telah sebulat suara menyatakan bahawa Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) adalah didapati mirip dengan skim pelaburan Swisscash dan mereka akan mengambil tindakan terhadap semua individu yang terlibat sama dalam yang mempromosi skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining, terutamanya leader yang telah blacklist dalam swisscash. Sekarang, mereka telah senarai hitam Virgin Gold Mining.

Klik Image Untuk paparan lebih jelas
Rujukan : http://www.sc.com.my
Melalui carian di laman SKMM mendapati syarikat Virgin Gold/Virgin Gold Mining Corporation di sahkan menjalankan aktiviti tidak berlesen!!

Sekiranya anda memerlukan apa-apa penjelasan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SKMM di talian 03-62048999.

Bagi mengelakkan lebih ramai lagi mangsa dari kalangan mereka yang tidak ketahui dan tertipu oleh skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining itu, di harap peranan anda untuk menghebahkan dan dapat memaklumkan kepada seberapa ramai rakan-rakan Facebook anda. 


Wallahu a'lam


Its maey (PG1659)
Putrajaya
011 15772617

1 comment:

  1. vgmc sudah stop bayar dividen start 1 oktober.

    ReplyDelete