Tuesday, May 29, 2012

Pelaburan Melalui Akaun Simpanan Emas


Assalam.. Saya doakan semoga kehidupan kita semua dipermudahkan dalam segala urusan dan moga-moga rezeki kita juga akan bertambah.. InsyaAllah.. Sedikit kupasan berkenaan produk akaun simpanan emas yang ada di Malaysia.

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia juga mempunyai pilihan untuk membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

Terdapat beberapa buah bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas antaranya :

1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
3. CIMB bank : CIMB Bank Gold Deposit Account (GDA)
4. Kuwait Finance House – Gold Account-i

Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Namun begitu ada juga antara pihak perbankan yang menawarkan emas dalam bentuk fizikal antaranya Maybank (Kijang emas), UOB Bank, KFH.

Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa. Untuk merujuk harga emas mengikut perbankan boleh layari laman dibawah

Public Bank : www.pbebank.com
Maybank : Maybank2u.com.my
Cimb Bank : www.cimbbank.com.my
Kuwait Finance House : www.kfh.com.my

Setiap akaun simpanan emas ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya, Sebagai contohnya kita melihat kelebihan membukan akaun emas dengan KFH Gold Account-i adalah :

Pamplet akaun emas Kuwait Finance House 
  1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
  2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
  3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
  4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
Namun begitu terdapat juga kekurangannya produk ini yang mana :
  1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 . 
  2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
  3. Cawangan KFH yang terhad
  4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja
  5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
  6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang. 
Emas Fizikal KFH
Sekiranya anda ingin membuka akaun simpanan emas KFH adalah pilihan yang tepat kerana sehingga ini hanya KFH yang mematuhi syariah. Ada juga antara produk-produk akaun simpanan emas yang tidak mematuhi syariah. Sebagai seorang yang berpegang pada agama Islam haruslah memilih produk-produk yang mematuhi kehendak syariah. Untuk itu anda boleh merujuk kepada Laman Sesawang Ustaz Zaharuddin atau membuat carian google.

Selamat Melabur dalam pelaburan emas!


Wallahu a'lam

Its Maey (PG001659)
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment