Friday, May 25, 2012

Mengapa Public Gold?


Assalamualaikum Wbt. Salam Sejahtera. Salam 1 Malaysia. Saya doakan semoga anda sihat dan bersemangat dalam menguruskan urusan kehidupan seharian. Moga-moga apa yang kita lakukan akan dberkati oleh Nya. Insya’Allah.

Petang tadi sambil berbual bersama-sama rakan sekerja ada yang bertanya, Mengapa saya memilih Public Gold sebagai Platform pelaburan emas dan perak sedangkan banyak lagi pilihan syarikat dan institusi kewangan yang ada diluar. Saya akui memang kini banyak tertubuhnya syarikat yang menawarkan platform pelaburan dan menjual produk emas dan perak di Malaysia. Saya seronok melihat senario ini petanda bahawa rakyat Malaysia kini semakin celik Emas. 

Beberapa kriteria yang menarik perhatian saya mengenai Public Gold ini kerana:
  • Public Gold menawarkan peluang pelaburan emas dan perak, dinar dan barang kemas secara fizikal dalam pelbagai pilihan ketulenan, berat dan bentuk pada harga yang sangat kompetitif.
  • Syarikat juga menawarkan sistem pembelian secara 24 jam berdasarkan kemaskini harga emas dan perak mengikut pasaran antarabangsa setiap 20 minit.
  • Perbezaan spread emas yang rendah memberikan peluang kepada pelabur menjana keuntungan dalam jangka masa sederhana dan panjang.
  • Jaminan kualiti dan belian semula semua jenis emas dan perak walaupun bercalar, bengkok, kemek malahan patah. Selagi beratnya tidak berkurangan harga belian semula sama seperti yang dipapar.
  • Syarikat yang kompetitif dalam perniagaan emas, kukuh dari segi kewangan serta mempunyai cawangan hampir di seluruh negara.
Selain daripada syiling dan jongkong terdapat juga barang kemas yang menjadi pilihan pelabur berdasarkan harga semasa pasaran Dunia. Kepelbagaian produk dapat memberi jaminan keuntungan dan pulangan maksimum kepada pelabur. Yang pasti produk terbaru daripada PG diterima di semua premis Ar-Rahnu di serata Malaysia. 

Wallahu a'lam


Its maey (PG001659)
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment