Monday, May 21, 2012

Mengapa Pelaburan Emas Menjadi Pilihan?


Mengapa kini semakin ramai antara kita mula celik mengenai potensi logam beharga emas dan perak? Saban tahun harga emas terus melonjak naik. Apa yang jelas di sini pelaburan emas adalah berbentuk ‘capital gain’ iaitu kenaikan modal. Kita akan mendapat keuntungan apabila berlaku kenaikan modal ke atas logam emas tersebut. Berbeza pula dengan pelaburan-pelaburan Amanah saham seperti ASB, ASN yang bersifat ‘Compound Dividen’ yang mana keuntungannya adalah berdasarkan peratusan ke atas modal yang di laburkan.

Produk emas yang sesuai untuk pelaburan adalah dari jenis Bar dan Coin dimana ia bermula dengan berat 10g, 20g, 50g, 100g & 250g. Di Public Gold Dinar pula dijual dalam variasi 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar dan Perak pula dijual bermula dengan berat 250g, 500g dan 1000g (1kg).

Emas untuk tujuan pelaburan mempunyai kadar Spread (susut nilai) yang jauh lebih rendah berbanding Emas Perhiasan. Sebagai contoh Emas yang dijual oleh Public Gold hanya dikenakan Spread sekitar 4%-8% bergantung kepada beratnya, semakin berat Emas nya maka semakin rendah Spread yang dikenakan dan sebaliknya. Manakala kadar Spread Emas perhiasan pula amat tinggi iaitu sekitar 25%-30%. Kadar Spread yang tinggi akan menyebabkan pulangan yang bakal diraih dari kenaikan semasa harga emas menjadi rendah. Ini membuatkan emas perhiasan tidak sesuai dijadikan asset pelaburan.

Saya melihat Emas dan ASB merupakan aset yang berharga  walaupun ia datang daripada rumpun yang berbeza iaitu emas adalah fizikal asset dan ASB adalah paper aset. Keburukan paper asset ini hanya tercatat di dalam buku sahaja. Sekiranya berlaku lonjakan inflasi secara tiba-tiba nilai RM100,000 yang tercatat di buku simpanan ASB akan menyusut. Sebagai contoh sekiranya pada 2012 harga Nasi lemak RM1.50 Sebungkus, Akibat lonjakan inflasi yang tinggi tidak mustahil pada tahun 2020 harga sebungkus nasi lemak dalam kuantiti yang sama bersamaan RM5.00. Sekiranya berlaku situasi kecemasan seperti peperangan adakah buku ASB tersebut akan diterima oleh mana-mana pihak? Itulah sebabnya mengapa pelarian perang Vietnam menyimpan emas dan dapat membina hidup baru di negara lain kerana emas diterima di mana-mana Negara sahaja dan nilainya adalah berdasarkan harga semasa. Lihat apa yang terjadi kepada matawang iraq. 

Pelabur seharusnya bijak dalam menilai kedua-dua asset ini kerana ia sifat kebergantungan antara satu sama lain. Kita memerlukan tunai untuk perbelanjaan harian dan disini saya boleh katakan bahawa emas adalah benih untuk ditanam dan dituai bagi memperoleh hasilnya. Daripada hasilnya bolehlah dijadikan benih untuk mendapatkan hasil yang lain. Ini berdasarkan pengalaman pelabur yang berjaya, mereka tidak fokus kepada satu jenis kelas aset sahaja kerana dengan mempelbagaikan asset akan dapat menambahkan dan menggandakan kekayaan kita. Walaupun begitu, jangan kita lupa kepada Yang Maha Kuasa kerana semuanya adalah atas Kehendak-Nya. 


Wallahu a'lam




Its maey (PG1659)
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment