Thursday, May 31, 2012

Membuat Belian Emas Ketika Orang Tidak Berminat Untuk Membeli


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada pembaca sekalian. Sesi petang ini harga emas menunjukkan sedikit menaik dan ketika ini ramai dikalangan pelabur menjangkakan kenaikan Harga akan berlaku pada Jun 2012. Dalam konsep pelaburan, dikalangan pelabur yang Berjaya ada berkongsi sedikit tips bagaimana untuk kita melakukan pelaburan yang efektif agar dapat memaksimakan keuntungan. Tips yang menarik dan harus difokuskan adalah “MASA”. Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Al-'Asr dengan mengatakan “DEMI MASA” membawa erti bahawa “MASA” merupakan perkara yang sangat-sangat beharga kepada manusia. Bukankah pepatah Melayu mengatakan bahawa MASA ITU EMAS. Tolong betulkan jika apa yang saya katakan ini salah.

Ramai dikalangan pelabur tersilap dan tersalah memilih masa untuk memulakan pelaburan dalam satu-satu portfolio dan ada diantara mereka mengalami kerugian. Disebabkan itu mereka kecewa dan mengambil keputusan untuk makan gaji sepanjang hidupnya.

Tips kaki # : Beli Ketika Orang Tidak Berminat Untuk Membeli

Masa terbaik untuk memulakan pelaburan adalah ketika mana ramai orang takut atau tidak berminat terhadap sesuatu portfolio pelaburan tersebut. Di sini saya sertakan contohnya:

Pergerakan Harga Emas 2008 hingga 2011
Di dalam Bulatan merah dalam graf diatas dipanggil “retracement market” pada setiap hujung tahun bermula tahun 2009 sehingga kini. fenomena ini akan berlaku pada setiap hujung tahun dan ia adalah disebabkan oleh para Trader & pelabur sedang mengaut keuntungan daripada pelaburan mereka yang bermula pada setiap awal permulaan tahun.

Dikalangan pelabur yang mempunyai modal yang besar sedang mengaut keuntungan adalah masa yang sesuai bagi pelabur-pelabur kecil untuk membeli emas kerana apabila pelabur besar masuk kembali ke dalam pasaran, pasti pasaran akan menaik oleh kerana dana pelaburan mereka besar.

Dari segi fundamental pula, cuba anda perhatikan pergerakan emas pada kotak hitam diatas, ia merupakan pergerakan pada tahun 2008. Pada ketika itu Amerika sedang dilanda krisis SubPrima yang impaknya menyebabkan pasaran saham di seluruh dunia termasuk KLSE tidak terlepas daripada menerima kesan kejatuhan tersebut. Logiknya pada ketika itu ramai pelabur-pelabur akan menjual saham-saham mereka kerana bimbang menanggung kerugian besar. Harga komoditi, hartanah menjunam teruk!!. Tetapi sebagai pelabur yang bijak pada waktu inilah mereka akan menggandakan asset mereka! Pada waktu ini mereka memborong Emas dan Perak pada harga murah!! 


Membeli asset hartanah terutamanya rumah-rumah lelongan pada harga yang sangat rendah! Bayangkan harga rumah kos rendah 100K boleh mencecah sehingga 30K!! Sekiranya anda membeli 10 buah rumah pada ketika itu harganya Cuma sekadar RM300K sahaja!! Perhatikan selepas krisis berakhir harga emas dan perak mencanak naik, saham saham dijual pada harga tinggi dan nilai hartanah melambung berlipat ganda!. Rumah yang dibeli pada harga 30K dijual pada harga 150K! lihat kenaikan sehingga 400%!!Jika anda mempunyai 10 unit nilai asset anda adalah 1.5 Juta!! Sedangkan modal pusingan anda hanya RM300K sahaja.

Itulah yang dimaksudkan “Memborong masa orang lain takut untuk membuat belian. Telah menjadi tabiat orang kita suka memerhati dan takut akan kerugian dan ada sebahagian pula pelabur yang bijak akan mengambil peluang ini untuk mengaut keuntungan luar biasa! 

Untuk menjadi pelabur yang bijak kita perlu belajar mengawal dan mengurus emosi kerana ia merupakan salah satu faktor penting yang membantu kita untuk menghadapi dan memilih “MASA” yang sesuai untuk membuat pembelian dan memilih “MASA” sesuai untuk membuat Jualan semula.

No comments:

Post a Comment