Monday, May 21, 2012

Masa Terbaik Untuk Belian Emas


Kerugian pasaran emas yang berlanjutan sehingga kini yang susut lemah sejak Disember selepas kegagalan Greece membentuk kerajaan mendorong para pelabur mengurangkan pendedahan mereka kepada logam berharga ini yang kini mengalami penurunan seperti logam-logam yang lain. Keadaan ini membuatkan para pelabur emas agak cemas kebelakangan ini memandangkan harga emas menjunam serendah USD$1526/oz pada 16 Mei 2012 lalu tetapi ditutup agak tinggi setelah menuju titik keseimbangan pada harga USD$1592/oz pada 18 Mei 2012. Banyak ulasan tenikal yang kaitkan sebagai punca terhadap kejatuhan logam berharga ini. 



Krisis Euro yang berlaku selama 4 bulan melemahkan emas berbanding harga Dollar yang tinggi sebenarnya melanjutkan kerugian yang dialami sehingga bulan ini. Apabila Greece ingin mengadakan pilihan raya baru,ianya meningkatkan risiko Athens akhirnya untuk keluar dari Euro.

Namun, mengikut Kitco News Gold Survey harga emas dipercayai BULLISH minggu ini. Harga dijangka akan mula meningkat kepada USD$1,600-USD$1,625. Kepada anda yang ingin memulakan pelaburan emas waktu ini adalah masa yang terbaik untuk membeli dan memaksima keuntungan. 


Wallahu a'lam

Its maey (PG1659)
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment