Monday, May 21, 2012

Maksima Keuntungan Emas


Nota Kaki emas # : Pilih Produk Emas dengan 'Spread' Rendah.

Sekiranya anda ingin memaksimumkan keuntungan di dalam pelaburan emas, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah ‘spread’. Mungkin ada di antara kita sebenarnya tidak tahu apakah itu ‘spread’?

Spread adalah perbezaan harga diantara harga jual dan harga beli. Semakin kecil spread yang anda perolehi maka semakin besarlah keuntungan yang akan anda jana melalui pelaburan emas. Saya ambil contoh harga di Public Gold iaitu PG SELL - PG BUY. Ketika anda membuat belian, harga yang akan anda bayar adalah harga PG SELL, dan jika anda ingin menjualnya kembali kepada Public Gold mereka akan membelinya dengan harga PG BUY.


Di Public Gold, spread adalah 'fix' dalam bentuk peratus iaitu sekitar 4.5% - 8%. Bermakna, lebih rendah kadar Spread Emas yang dipilih, maka lebih banyak dan lebih cepat keuntungan yang akan anda perolehi.

Walau bagaimanapun ada faktor lain yang mungkin juga mempengaruhi anda untuk memilih institusi yang mana. Antaranya masalah stok emas institusi tersebut, syarat-syarat seperti emas tidak boleh kemek, calar atau bengkok ataupun kemudahan untuk membeli, menambah dan menjual balik emas anda dan faktor-faktor lain lagi.

Cara pengiraan spread emas dalam bentuk peratus.

Saya ambil contoh katakan harga 1 dinar pada 14 Oktober 2009

We Sell = RM529.00
We Buy = RM497.00

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 529.00 - RM 497.00 = RM 32

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 32 / RM 497) x 100 = 6.43%

Bagaimana mengira keuntungan anda.

Contoh : kenaikan harga Emas sebanyak 16% bermula Jan - Feb yang lalu. 

Jika anda memilih produk dengan Spread 4.5%, bermakna keuntungan bersih anda ialah 
16% - 4.5% = 11.5%.

Spread Emas Public Gold

• 10g - 8%
• 20g - 6%
• 50g - 5.5%
• 100g - 5%
• 250g - 4.5%
• 500g - 4.5%
• 1 Dinar - 6%
• 2 Dinar - 6%
• 5 Dinar - 5.5%
• 10 Dinar - 5%




Wallahu a'lam




Its maey (PG1659)
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment