Wednesday, May 30, 2012

Bagaimana Menjana Keuntungan Pelaburan Emas


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Untuk Petang ini saya ingin berkongsi dengan sahabat teknik asas dalam konteks ‘Bagaimana untuk Menjana Keuntungan dalam Pelaburan Emas. Daripada tinjauan saya keatas pelabur dan pembeli Emas yang masih baru berjinak-jinak dengan pelaburan emas, ada sesetengah daripada mereka yang masih samar-samar mengenai bagaimana keuntungan dapat dijana dengan Emas yang berada dalam simpanan mereka. Jika dalam seminar emas En Faizan Dasuki dia selalu berkata BELUM PERNAH orang yang menyimpan emas menjadi kaya TETAPI orang yang menjual emas ramai yang sudah kaya. Contoh terdekat peniaga emas

Sekiranya kita mempunyai simpanan emas  berkilo-kilo di dalam peti besi, tetapi atas dasar sayangnya kita untuk menjual emas, bagaimana kita dapat merasa nikmat daripada keuntungan emas itu melainkan kita jual ketika harga Tinggi dan buat belian semula ketika harga rendah. Saya kongsikan 2 teknik asas dalam pelaburan emas yang biasa dipraktikkan.


Teknik 1 # : Beli dan Simpan

Teknik ini merupakan teknik asas menjana keuntungan melalui pelaburan Emas. Sangat mudah tanpa perlu memikirkan formula analisis yang memeningkan kepala. Anda hanya perlu membuat belian emas pada awal tahun dan menjual semula emas pada akhir tahun. Ulang dan ulang seperti pelaburan ASB dan anda akan lihat sendiri keuntungannya. Pokok pangkalnya anda harus membuat belian segera. Contohnya Jika anda membuat Belian pada 30 Mei 2012 anda harus menjual emas anda pada 30 Mei 2013 dan buat belian semula bersandarkan modal awal. Keuntungannya terpulang pada anda untuk uruskannya. Nak lagi untung! Buat pinjaman dan gunakan teknik 1 Dinar emas seperti artikel sebelumnya. Hasilnya pasti memuaskan! 

Teknik 2 # : Buy Low Sell High @ Speculation Technique

Untuk mahir menggunakan teknik ini anda perlu peka dengan situasi pergerakan harga emas Semasa. Nak tau macam mana? Join strategi 5b baru anda tahu macam mana kesannya. Teknik ini juga boleh digunakan sekiranya anda ingin mencairkan asset Emas anda untuk perbelanjaan harian. Sekiranya anda seorang master dalam analisis teknikal emas anda akan dapat mengenal pasti entry point dan exit point anda sendiri.  Apabila harga melambung tinggi melepasi garisan kentungan maka anda boleh menjual kepada Bank, syarikat atau orang perseorangan dan begitulah sebaliknya jika anda ingin membuat pembelian semula ketika trend menurun. Teknik ini tidak begitu sesuai digunakan untuk jangkamasa yang pendek maklumlah kita kalau boleh mahu untung dalam masa singkat sahaja! Jangkamasa sesuai antara tempoh 3-6 bulan bergantung kepada perubahan harga emas. Yang penting kena rajin semak graf dan dalami ilmu analisis teknikal emas


Wallahu a'lam

Its maey (PG1659)
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment