Wednesday, April 18, 2012

Apa itu Dinar Emas?



Salam 1 Malaysia.. Saya doakan semoga anda sihat dan sentiasa dalam lindungan Rahmat dari Allah SWT..
Masih ramai di kalangan sahabat-sahabat saya bertanya berkenaan Dinar emas. Macam mana nak buat pelaburan dengan Dinar emas?..


Bagi mereka yang masih-masih kabur, Dinar emas sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama dahulu lagi. Antara cara termudah membuat pelaburan emas ialah dengan cara membeli dinar emas. Memandangkan dinar emas memang dijual di Malaysia, maka saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana membuat pelaburan emas menggunakan dinar emas.


Kini terdapat banyak pilihan untuk kita mendapatkan dinar emas antaranya :
1. Dinar Emas Kelantan
2. Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn bhd.
3. Dinar Emas keluaran Public Gold


Dinar Emas keluaran Public Gold

Dinar emas Kelantan.

Salah satu cara membuat pelaburan emas dengan cara yang termudah ialah dengan membeli dinar emas. Ini kerana harga dinar emas agak murah dan mampu dimiliki. Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya cadangkan anda bermula dengan dinar emas.


Sekadar pengetahuan bersama Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam. Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.


Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.


Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.


Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :


"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)


"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)


Kesimpulannya sekiranya ingin berjinak-jinak dengan pelaburan emas, Dinar emas adalah pilihan terbaik bagi anda yang ingin memulakan pelaburan emas.

Wallahu a'lam

Its maey
Putrajaya
011 15772617

No comments:

Post a Comment